BENDERAKU DUNIA AKHIRAT

BENDERAKU DUNIA AKHIRAT

JADUAL HARIAN RAMADHAN

4.00 a.m.
Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
  • Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
  • Mandi dan membersihkan diri.
  • Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 a.m.
Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
  •  Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
  • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
  • Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
  • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
  • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
  • Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
  • Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
  • Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
  • Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
  • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 a.m.
  • Makan sahur
  • Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 a.m.
  • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
  • Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 a.m.
  • Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.  
  • Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.  
  • Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

 10.00 a.m.
  • Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.  
  • Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
  •  Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 
  • Bersiap untuk solat Zohor.  
  • Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.  
  • Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
 
4.15 p.m.
  • Bersedia untuk solat Asar.  
  • Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 
  • Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

 5.30 p.m.
  • Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 p.m.
  • Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.  
  • Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : 
  • “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”  
  • Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.  
  • Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
  •  maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 p.m. 
  • Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh  
  • Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan 

 11.00 p.m.
  • Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.  
  • “Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.   
  • Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. 
  • Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

 


 


No comments:

Post a Comment